Pengenalan

 

Image result for logo mgs teluk intan

 

PENGENALAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK.(P) METHODIST, TELUK INTAN, PERAK.

 

        Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Teluk Intan menyediakan program bermasalah pendengaran (BD) bagi murid sekolah rendah  murid yang mempunyai masalah tidak boleh mendengar dan bercakap. Had umur yang membolehkan murid belajar di program ini adalah yang berumur 7 tahun hingga 14 tahun. Sebelum memasuki Tahun 1, murid perlu melalui Tahun Pengukuhan. Bilangan kelas di program ini sebanyak 5 kelas iaitu Tahun Pengukuhan, Tahun 1 Khas, Tahun 2 Khas, Tahun 3 Khas dan Tahun 6 Khas. Murid-murid di program ini belajar mengikut sukatan pelajaran seperti aliran normal dan perlu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid Tahun Pengukuhan hingga Tahun 6 belajar mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

       Mereka juga terlibat di dalam aktiviti Kokurikulum seperti Kelab Komunikasi Seluruh, Persatuan Kemahiran Hidup, Permainan Futsal, Olahraga, Petanque dan Badminton. Bagi pasukan badan beruniform pula, PPKI menyediakan pasukan beruniform Pengakap. Aktiviti Kokurikulum melibatkan murid dari Tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6 pada setiap hari Rabu jam 2.00-4.00 petang.

      Bilangan guru di PPKI adalah seramai 9 orang termasuk seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semua guru yang mengajar di program ini mempunyai latar belakang pendidikan di dalam pendidikan khas. Program PPKI (BD) disini juga, mempunyai 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM) bagi membantu guru menguruskan murid-murid di dalam kelas dan juga di luar kelas. Pendaftaran untuk bersekolah di PPKI (BD) boleh di buat sepanjang tahun dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

‘PPKI MGS HEBAT’

‘UNGGUL PENJANA GENERASI GEMILANG BERKEPERLUAN KHAS’